UiTM Pulau Pinang banyak menyediakan perkhidmatan bagi memudahkan segala urusan semua mahasiswa/mahasiswi.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kolej kediaman. Perkhidmatan kolej dikendalikan oleh Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP). Segala masalah boleh mengenai kolej rujuk kepada pihak URHP. Dalam kawasan kampus UiTM Permatang Pauh terdapat tujuh blok kolej yang disediakan untuk mahasiswa/mahasiswi. Bagi pelajar yang tidak dapat perkhidmatan kolej, pihak UiTM Permatang Pauh juga menyediakan senarai rumah sewa di bawah Unit Non - Residen (NR).
Terdapat tujuh blok kediaman yang beroperasi dalam kampus dengan muatan 5798 orang (2584 siswa dan 3214 siswi).
Kolej Siswa

KOLEJ DELIMA

KOLEJ INTAN

KOLEJ BAIDURI
Kolej Siswi

KOLEJ ZAMRUD

KOLEJ KRISTAL A

KOLEJ KRISTAL B

KOLEJ NILAM